Wednesday, June 23, 2010

Penyakit itu adalah rahmat..~


Mau pendekkan cerita.
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu adalah dari kesilapan manusia sendiri...
Moga-moga Allah menerima taubat kita...

Sekiranya kita didatangi musibah,
Janganlah kita menganggap itu adalah masalah...
Khususnya apabila ditimpa sakit...
Nak highlight kat sakit kepala and rasa mengantuk je
sebab tu penyakit BASIC sume manusia pernah rasa...


kalau difikir dari satu sudut yang terpencil dalam akal fikiran kita
cuba tny diri Azrin sendiri ye...
setiap kali ada ceramah ilmu dari lecturer or orang yang lebih berilmu
Azrin kerap rasa bosan dan mengantuk...

nape ye?

Actually,
kalau Azrin nak tau
rasa mengantuk tu adalah penyakit daripada syaitan untuk melemahkan akal fikiran manusia ketika ingin menuntut ilmu
time tido, kena tdo tau...
kalau nak boost time malam yang khusus untuk tdo
take a nap waktu sebelum Zohor eh...


masalah MIGRAIN pulak...
sebelum nak ikhtiar makan panadol or paracetamol
bacalah surah yang paling pendek sekali dalam Al-Quran
Surah Al-Kauthar..(nama telaga syurga)
Baca and selawat dulu sebelum minum air bersama ubat tu...
Insya Allah

apabila kita sakit
tentu kita mengharapkan untuk sembuh
tentu sekali kita akan berdoa pada Allah
sebaik-baik doa adalah doa yang disertai dengan rasa tawakal dan rendah diri pada Allah
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya

yang bestnya
Surah Al-Kauthar yang pendek, senang baca, senang hafal ni
boleh diamalkan bile-bile je...
time nak masak air, bancur air, hidang air...
Best..~
;D

minum air saja x cukup...
jika nak sihat semua tubuh badan
perlu ada jantung dan peparu yang sihat
sel darah yang sihat (kurang kandungan kolestrol, gula dan garam)
bagaimana nak berusaha ke arah badan yang sihat pulak?

mestilah kena BERSENAM...
;)

kalau x sempat nak joging pun,
memadai kalau naik tangga instead of lift
ataupun, parking kete jauh2 skit
sesat x ingat parking pun xpe...
exercise...
hehe.. ;D
(macam ada pengalaman je.. ;p)

ada satu pengertian yang luas maknanya...
khusus untuk renungan Azrin bila terbaca part ni...

Asal BANJARAN adalah daripada beberapa buah GUNUNG
Asal Gunung adalah dari beberapa buah BUKIT
Asal BUKIT adalah dari TANAH

TANAH yang dikenakan TEKANAN
Wahai TANAH
Janganlah kau anggap TEKANAN itu sebagai BEBANAN
Jadikanlah ia sebagai PENGORBANAN yang kau lakukan
untuk melihat suatu KEINDAHAN...

seorang PETANI yang BAIK
akan BERBAKTI kepada TANAH
tanpa rasa EGO dan ANGKUH
PETANI itu terus-menerus menimba ILMU dan BERUSAHA
untuk membajak, dan menyemai BENIH yang BAIK untuk si TANAH
Semakin banyak ILMU dikandung
Semakin tunduk pula diri PETANI itu memandang bumi

Apabila si TANAH diserang SERANGGA PEROSAK
PETANI itu lah yang menyembur RACUN SERANGGA
Apabila si BUAH dimakan HAIWAN
PETANI jugalah yang melindungi BUAH tersebut daripada ROSAK

TANAH yang BAIK
adalah
TANAH yang dijaga RAPI oleh si PETANI yang BAIK

Wahai TANAH
jagalah KEBERSIHAN dan KEMULIAAN mu
jangan biarkan PETANI JAHAT untuk berniat
menghumban SISA TOKSIK dan SAMPAH SARAP
tanpa sebarang rasa BERSALAH...
ke atasmu...

Sentiasalah Berdoa agar hadirnya PETANI yang BAIK
untuk mencurahkan segala KHIDMAT dan BAKTINYA
untukmu
khas buatmu...
;)
Amiin..~

No comments:

Moments of Life

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails