Wednesday, June 23, 2010

Penyakit itu adalah rahmat..~


Mau pendekkan cerita.
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu adalah dari kesilapan manusia sendiri...
Moga-moga Allah menerima taubat kita...

Sekiranya kita didatangi musibah,
Janganlah kita menganggap itu adalah masalah...
Khususnya apabila ditimpa sakit...
Nak highlight kat sakit kepala and rasa mengantuk je
sebab tu penyakit BASIC sume manusia pernah rasa...


kalau difikir dari satu sudut yang terpencil dalam akal fikiran kita
cuba tny diri Azrin sendiri ye...
setiap kali ada ceramah ilmu dari lecturer or orang yang lebih berilmu
Azrin kerap rasa bosan dan mengantuk...

nape ye?

Actually,
kalau Azrin nak tau
rasa mengantuk tu adalah penyakit daripada syaitan untuk melemahkan akal fikiran manusia ketika ingin menuntut ilmu
time tido, kena tdo tau...
kalau nak boost time malam yang khusus untuk tdo
take a nap waktu sebelum Zohor eh...


masalah MIGRAIN pulak...
sebelum nak ikhtiar makan panadol or paracetamol
bacalah surah yang paling pendek sekali dalam Al-Quran
Surah Al-Kauthar..(nama telaga syurga)
Baca and selawat dulu sebelum minum air bersama ubat tu...
Insya Allah

apabila kita sakit
tentu kita mengharapkan untuk sembuh
tentu sekali kita akan berdoa pada Allah
sebaik-baik doa adalah doa yang disertai dengan rasa tawakal dan rendah diri pada Allah
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya

yang bestnya
Surah Al-Kauthar yang pendek, senang baca, senang hafal ni
boleh diamalkan bile-bile je...
time nak masak air, bancur air, hidang air...
Best..~
;D

minum air saja x cukup...
jika nak sihat semua tubuh badan
perlu ada jantung dan peparu yang sihat
sel darah yang sihat (kurang kandungan kolestrol, gula dan garam)
bagaimana nak berusaha ke arah badan yang sihat pulak?

mestilah kena BERSENAM...
;)

kalau x sempat nak joging pun,
memadai kalau naik tangga instead of lift
ataupun, parking kete jauh2 skit
sesat x ingat parking pun xpe...
exercise...
hehe.. ;D
(macam ada pengalaman je.. ;p)

ada satu pengertian yang luas maknanya...
khusus untuk renungan Azrin bila terbaca part ni...

Asal BANJARAN adalah daripada beberapa buah GUNUNG
Asal Gunung adalah dari beberapa buah BUKIT
Asal BUKIT adalah dari TANAH

TANAH yang dikenakan TEKANAN
Wahai TANAH
Janganlah kau anggap TEKANAN itu sebagai BEBANAN
Jadikanlah ia sebagai PENGORBANAN yang kau lakukan
untuk melihat suatu KEINDAHAN...

seorang PETANI yang BAIK
akan BERBAKTI kepada TANAH
tanpa rasa EGO dan ANGKUH
PETANI itu terus-menerus menimba ILMU dan BERUSAHA
untuk membajak, dan menyemai BENIH yang BAIK untuk si TANAH
Semakin banyak ILMU dikandung
Semakin tunduk pula diri PETANI itu memandang bumi

Apabila si TANAH diserang SERANGGA PEROSAK
PETANI itu lah yang menyembur RACUN SERANGGA
Apabila si BUAH dimakan HAIWAN
PETANI jugalah yang melindungi BUAH tersebut daripada ROSAK

TANAH yang BAIK
adalah
TANAH yang dijaga RAPI oleh si PETANI yang BAIK

Wahai TANAH
jagalah KEBERSIHAN dan KEMULIAAN mu
jangan biarkan PETANI JAHAT untuk berniat
menghumban SISA TOKSIK dan SAMPAH SARAP
tanpa sebarang rasa BERSALAH...
ke atasmu...

Sentiasalah Berdoa agar hadirnya PETANI yang BAIK
untuk mencurahkan segala KHIDMAT dan BAKTINYA
untukmu
khas buatmu...
;)
Amiin..~

Saturday, June 19, 2010

KERJASAMA

Together we make each other strong...
x jadi nak wat post yang terakhir
sebab perjuangan x harus dihentikan
diri sendiri harus diingatkan



sarat dgn pengajaran...
sekiranya sumer haiwan ini bekerjasama saling membantu,
mereka tidak akan pupus
Each of Everyone Is SPECIAL...
We're NOT the SAME
We're BEST in our own way
there must be a LEADER that can combine ALL of US
so that we can USE our STRENGTH
DEVELOP our WEAKNESSES
and HELP among each other
kena cari rakan
kena cari keserasian
kena cari kekuatan
kena tolong sesama insan
dalam mengejar satu matlamat yang JAUH
matlamat yang DEKAT jangan dilupakan
memang betul
hati budi manusia susah ditafsir, diramal
tingkah laku manusia sukar untuk difahamkan
tapi Percayalah
manusia ada satu LUMRAH
mereka suka akan kebaikan
mereka akan terdetik juga melakukan kebaikan

Wednesday, June 16, 2010

mungkinkah ini yang TERAKHIR..?

post untuk ni bg Azrin sangat special..KEJAYAAN

sbb erti dia sangat meluas bagi setiap individu...



setiap orang mesti ada IMPIAN..

jika ingin menggapai KEJAYAAN...

kita perlu ada USAHA



impian tanpa usaha hanyalah sekadar angan-angan

manakala

usaha tanpa impian pula xkn bawa kita ke mana-mana



Azrin nak share some inspirations skit



Jika kamu hendak menjadi seseorang dalam hidup

ataupun ingin mencapai sesuatu

maka selalu lah dengar kata hatimu



Sekiranya ia tidak memberi sebarang jawapan

Pejamkanlah mata...

dan fikirkan kedua ibu bapamu



lihatlah, kamu akan dapat mengatasi segala halangan

Semua masalah akan selesai

Kejayaan pasti akan jadi milikmu

Hanya milikmu



(Credit to Karan Johar, from Kabhi Khushi Kabhi Gham)



bila sebut pasal ibu bapa ni...

mesti akan terlintas dalam fikiran kita



bahawa..



Redha ALLAH bergantung pada Redha ibu bapa...



Azrin ni masih cetek serta daif lagi tentang segala ilmu...

apa yang Azrin ingat-ingat lupa ni..

Azrin akan cuba sampaikan sebaik mungkin ye..

Maaf atas segala kekurangan..

ini hanyala sekadar peringatan..

khususnya untuk diri Azrin sendiri yang terlalu banyak wat kesilapan...



Secara hakikatnya,

takde ibu bapa pun yang sanggup melihat anak-anak mereka sedih mahupun gagal dalam kehidupan...

Jadi..

sebelum BERJAYA, kita mesti BERJUANG

sebelum dan semasa dalam PERJUANGAN, kita mesti MENGAUT/MENIMBA ILMU



macam mana nak dapat ILMU?

belajar dari GURU (sesiapa pun adalah guru...terpulang atas kita utk terima ke x)

belajar dari KESALAHAN

belajar dari PENGORBANAN

belajar dari PENGALAMAN

belajar dari TELADAN



sepanjang PERJUANGAN itu lah... anda akan mengumpul KENANGAN

ada pahit.. ada juga yang manis...~



tapi..cuba bayangkan

apabila anda sudah tua kelak

anda pasti akan tersenyum pabila terkenang kembali akan detik-detik kesusahan anda sewaktu anda ingin mencapai satu pengertian yang begitu bermakna sekali dlm diri anda..



kepuasan tu tentu xdpt diungkap dengan kata-kata...

pengalaman yang anda dapat selepas kepayahan anda juga itu sangat berguna untuk zuriat anda kelak... ~~



waaah,,Azrin... terlalu mudah untuk berkata-kata
boleh ke buat???
again, skali lagi Azrin ulang...
pengertian kejayaan sangat berbeza bg setiap individu...
bergantung pada impian serta keupayaan masing-masing untuk mencapai SUCCESS yang kita idamkan...

Insya Allah...

Maka, berakhir la sudah post kali ni..
Azrin rasa... mungkin ini yang post terakhir..
ataupun mungkin tidak...
ntah lah... xtahu...

actually, byk faktor sbnrnya...
Sesungguhnya yang pahit itu adalah sedikit, yang manis tu melimpah...- Ustz. Asni Mansor
Maafkan andai terkasar bahasa...

kalau kita merintih dengan dugaan yang kita alami skrg
bayangkanlah bagai mana dugaan yang umat islam terima dahulu, akibat penyeksaan orang Quraisy..

terpulang pada anda untuk beri macam2 andaian/ penilaian kat Azrin
terpulang pada anda juga untuk absorb apa-apa cebis ilmu yang x seberapa ni pun

I just want to say...
Siapa lagi nak teruskan perjuangan Rasulullah s.a.w untuk generasi akan datang kalau bukan kita?

kita harus berjaya...mesti berjaya...
maka dengan itu...

jom nyanyi jap... ;D

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini, mesti lebih baik dari semalam...
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh

Tuesday, June 15, 2010

I'm sorry...~

I am so sorry
i wasnt supposed to publish the previous entry "Be serious in Games"
it was spontaneously come out from my head
and i'm technically "washing" / purifying it from impurities...

fuh...penat
MUSUH paling besar dalam diri kita adalah NAFSU kita sendiri
entry lepas bila 1st Azrin baca, macam klaka
bile 2-3 kali baca.. macam sia-sia pulak
rasa malu pulak ttbe berkata mcm tu..
haish...
menyesal..

biarlah ini jadi pengajaran terutama skali kat Azrin
tu je kot..~

Monday, June 14, 2010

Dulu Lain, Sekarang Lain..~



tipu la kalo manusia x pernah marah

Bumi mana yang x ditimpa hujan

kalau x, masakan tanah boleh jadi subur

;D


hidup ni perlu ada keseimbangan

kalau gembira, akan menangis

kalau suka, akan duka
kalau marah, akan pula jadi ceria

take it EASY



Azrin faham perasaan marah ni
sbb Azrin pun admit ada baran jugak
cuma bila kita tersedar dah termarah teruk2 tanpa disedari x seimbang dgn kewarasan akal tu
cepat2 la mintak maaf balik
nnt hati rasa x tenang nak hepy dalam kesedihan orang lain
exspecially orang yang paling rapat dan paling kita sayang

kalau orang marah kita
sebaik2nya maafkan la mereka
cari orang yang lebih kool dari coolness kita
untuk men'cool'kan perasaan kita yang sedang bergelora




kalau orang kata belakang, kutuk2 kita
boh layan saja mereka tu
kadang-kadang kita x sepatutnya kisah sangat apa yang orang nampak pasal kita
kita harus tau apa kita nmpk dalam diri kita

Manusia ada IMAN,
manusia ada AKAL,
manusia ada NAFSU..
maka pilihlah sendiri YANG MANA SATU...


jangan la marah-marah ye...
nnt cepat sakit
cian la kat jantung anda
kena pam darah laju-laju
suruh otak kasi impuls kawal kelajuan dia
tarik nafas dalam2...
Alhamdulillah...
;)

Thursday, June 10, 2010

Summary Al-Quran

Ibu Al-Quran...

Wajib kita baca 17 Kali Sehari...

2 kali pada waktu Subuh

4 kali pada waktu Zohor

4 kali pada waktu Asar

3 kali pada waktu Maghrib

4 kali pada waktu Isyak

Kalau lebih, lagi bagus...

SIMPLE..

Dengan menyebut nama-Mu ya ALLAH

Yang Maha Pengasih, Penyayang

Segala puji bagi-Mu ya ALLAH

Pemelihara seluruh Alam raya

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang

Yang Menguasai Hari Pembalasan

Hanyalah kepada-Mu kami menyembah

dan pada-Mu kami mohon pertolongan

tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus

jalan orang-orang yang Kau beri nikmat

bukan jalan mereka yang Kau murkai

dan bukan pula jalan mereka yang sesat

pabila kita susah, kepada Allah kita harus meminta pertolongan

pabila kita senang, kepada Allah juga harus kita panjatkan segala kesyukuran

Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu

seiringan dengan itu

kita harus berselawat ke atas Rasulullah s.a.w

mengenang segala jasa, pengorbanan kesulitan baginda dlm menyebarkan ajaran Islam

mukjizat terbesar Rasulullah s.a.w adalah AL-QURAN

As-Sunnah merupakan amalan

pegang baik-baik, insya Allah kamu tidak akan sesat...

p/s: back to basic merenung makna Al-Fatihah... simple... jalan yang benar lagi lurus(go straight, dont belok2)... tapi mengapa ramai susah nak ikut? (di situlah hadirnya syaitan)

Wednesday, June 9, 2010

Melihat Kepenatanmu (Wahai Isteriku)


Rawan hatiku
Wahai isteriku
Melihat kepenatanmu
yang tidak pernah jemu
menyediakan menu
untuk harian keluarga ini
meringankan beban di bahuku ini

Wahai isteriku

setiap kali ingin ku gantikan

keletihan mu itu

dengan curahan kasih sayangku

Ambillah keceriaan ini

dambakan ia di dalam hatimu

biar menjadi salju

yang menyejuk kalbu

Jiwaku sentiasa merintih

ingin saja aku hapuskan segala

bebanan yang ditanggung

biar aku rasakan sendiri

kepenatan itu

biar ia menguji kelakianku

yang sesekali angkuh

dengan sifat kepala batu

p/s: Impian Kasih- UNIC kat 4shared.com (klik di sini IMPIAN KASIH)

credit to AMRAN ZAKARIA , Damai, KL

Keindahan seorang WANITA





Wanita itu adalah anugerah

bukannya

harta benda

yang boleh dimiliki, dijual beli, di'trade-in', diguna pakai sesuka hati mahupun ditukar ganti




Wanita adalah penyeri

Jom kita hayati kisah kejadian Siti Hawa setelah ALLAH mencipta Nabi Adam

kesepian Nabi Adam jelas menggambarkan segalanya

walhal Nabi Adam boleh menikmati segala macam nikmat Allah dalam syurga



boleh ikuti kisah selanjutnya kat link bawah ni...




untuk menyelidik dengan lebih lanjut

boleh kaji tafsir Al-Quran

Surah AL-BAQARAH



Wanita adalah Pendidik Zuriat yang paling Utama

dari janin yang dikandung dalam rahim, susu untuk bayi yang baru lahir, tangan yang mendodoi bayi hingga terlena...

hanya wanita sahaja mengerti perit jerih daripada pengorbanan itu



dalam talkin,

setiap jenazah mesti dinasabkan (bin/binti) dengan nama ibu

begitu hebat skali peranan seorang wanita



pernah anda terfikir kenapa uterus itu dinamakan sebagai rahim?

rahim bermaksud penyayang

rahim berfungsi seolah2 sbg kusyen utk bayi

melindungi bayi dari hentakan mahupun gegaran

disebabkan itu

dari azali lagi

wanita mmg dikurniakan dgn sifat penyayang kpd anaknya...




p/s: sangat mengagumi Sumaiyah.. sanggup berkorban demi agama

boleh download lagu Sumaiyah- Hijjaz kat 4shared.com

Honey-Lemon Juice


Life...
Kehidupan...
Ad-Din...
dalam kehidupan ada cabaran
cabaran itu boleh diibaratkan sebagai a GLASS OF LEMON JUICE
sangat berasid dan pedih
semakin kita minum jus tersebut dgn seadanya , semakin ia menghakis perut kita
oleh itu..
adalah lebih baik sekiranya kita bubuh madu dalam jus lemon tersebut
pabila dikacau
baru la seimbang rasa enaknya
ada masam, ada juga manisnya
minum dengan air panas..
lagi sihat tubuh badan...
;)

Tuesday, June 8, 2010

Tears of Joy

....

...

...

not verbally spoken

too much to explain

too much to tell

at last, i just keep all of them in silence

terima kasih yang x terhingga kat 'pakcik' sbb tolong papa wikend lepas...

ringan skit bahu and otak papa

terasa diri ini sgt useless pulak 2 min yg lepas

padahal bukan ni pun sebenarnya yang dirasa

hoho..

80% daripada harapan skrg byk di explain kat lagu ni..


a family that eats together, stays together will stay together..~

insya allah.. amin...

;)

nak honeymoon pun, angkut sume family dalam satu bus..

baru meriah..~!!

:D

Saturday, June 5, 2010

You Raise Me Up

Father's Day Special

on 20th June every year

I adore him

(pandai pujuk saya lepas marah2)

I Love him

(always concern and tolong bila sy susah)

I admire him

(the way he handled every problem)

adeq sayang papa..

YOU RAISE ME UP

TO MORE THAT I CAN BE

Suatu hari di Hari Raya..~

Walaupun belum puasa lagi

inilah yang ku harapkan

sempena hari raya tahun ini

puasa ni suatu tanggungjawab

setiap 1 syawal bukan sahaja menandakan satu kemenangan

bahkan sebagai kayu ukur bg pencapaian seorang muslim

atas segala amalan yang dilakukan kepada yang Maha PEncipta

aku insan yang daif

aku insan yang lupa

aku insan yang leka

oleh itu, aku harus mengingatkan diri aku mulai sekarang

akan tanggungjawab ku pada bulan Ogos ni...

Lailatulqadr..

sesiapa yang bertekad untuk berubah ke arah kebaikan

pada Ramadhan

insyaallah dia akan berubah...

Moga-moga Allah kabulkan...

walaupun perubahan itu hanya sedikit...

xpe..

slow and steady wins the race

amiin...

Friday, June 4, 2010

Gelaban-gelabah Rebit..~

gile gelabah skrg...

(agi idup.. agi gelaban...) tiru ayat falsafah IBAN jap.. ;p

bukan suh gelabah2 ye...

maksudnye selagi hidup, selagi tu kena berusaha.. (lebih kurang maksudnya mcm ni la kot.. )

rebitputih jd kelam kabut skit smp wikend ni...

nk lompat, guling2 pun x senang sbb rumah sepah2...

inginkan rumah untuk menjadi sebuah TAMAN, alih2 jd TAMAN kepada labah-labah pulak




blog ni mmg kena kemas...

buang ape yang xperlu dulu

sapu bersih-bersih

pastu baru buh pokok bunga...

Azrin suka bunga matahari , tulip and lavender

walaupun bunga lahir Azrin adalah Narcisuss (blur2 la dgn species ni)


so kesimpulannya di sini... baru nak berjinak2 dgn bahasa JAWA..

bile si Rebit ni nak gelaban... dia akan jadi gelabah.. (elok sangat la tu... ;p)

p/s: Azrin, sila control si Rebit ni elok2 ye... pantang dicucuk... terus nak gigit org smp berdarah... wooo...

Moments of Life

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails