hihihi... sambung balik sedikit sebanyak ape yang ingin saya x sempat saya luahkan dalam post hari tu... Kerja dunia mmg xkan pernah habis... x perlu begitu devoted sangat terhadap urusan duniawi.. hari sabtu, ahad rasa sedikit lega sebab masih lagi dikurniakan sinar FYP yang mampu diriku utk bernafas kembali.. bile hari Isnin pulak... sedang asyik mengemas2 bilik serta mendelete file2 x penting dalam laptop.. saya tersentak kembali apabile membaca 2 notepad yang 1 daripadanya ringkas, dan yang 1 lagi berceritakan tentang montaj yang pernah ketika dahulu buat saya
menangis sampai seminggu.~~
Sebelum langkah kanan memulakan cerita tentang notepad... ingin mengambil kesempatan sempena tanggal 1 september 2009 ni, adalah kelahiran Adilah Muhammad... seseorang yang pernah rapat dengan saya ketika dahulu.. banyak sungguh x dengar khabar dari dia... 4 september 2009 nnt pulak hari jadi seseorang yang pernah meninggalkan kesan dalam hidup saya almost 2 tahun yang lalu... Nak tahu siapa? sket2 boleh la... hihi..
Rasa2 nak mulakan dengan notepad dulu ke nak citer pasal mahligai idaman eh?
campur2 je la.. senang citer...
Baiklah.. jika anda baca sampai habis. benarla anda seorang yang penyabar..~
Anda semua pernah melalui zaman Tingkatan 4 kan? mesti belajar satu poem
The Road not Taken...Saya suka sangatt poem tu. really meaningful... poet tu menceritakan last skali the travleller tu pilih jalan yang x banyak dilalui oleh orang ramai.. even dia sendiri pun x tahu outcome destiny path tu...
The Necklace pulak short story yang byk menginsafkan saya sebagai seorang perempuan...xleh nakselalu demand2 sangat.. nanti merugikan diri sendiri dan menyusahkan orang lain...
Baiklah..Straight to the point... nak mudahkan pemahaman...
Post sebelum ini, ada saya ungkapkan...
Nak membina mahligai sebegitu kukuh dah cantik sedemikian
Bukanlah sesuatu yang mudah
Kadangkala pembinaannya tergendala,
Boleh jadi juga terbengkalai
Pernah saya alami situasi berkenaan... di mana... "rekaan" serta "design" mahligai tersebut gah indah di dalam benak serta imaginasi fikiran... tapi.. design2 sedemikian hanya sekadar janji2 manis dan kosong je... tu yang tetiba jadi terbengkalai...
Saya kembali merenung kepada notepad yang saya jumpai bertarikh 25 April 2009...
It’s finally the time
It’s finally the time to forget him.. Ahmad (bukan nama penuh)…Jikalau dahulu, ayat sebegini “Did I lose my love to someone better and does she love you like I do, u know I really really do” terngiang2... It's finally the time to let him go.. with all those empty hopes..=)
saya sendiri pun x berapa pasti.. smiley itu dalam bentuk tangisan gembira ataupun duka... Jikalau dicanang semula coretan hidup di dalam blog ini... nescaya saya x mampu lg merealisasikan Motto
It's finally the time ni..hihi.. mcm Moto Moto dalam Madagascar 2 pulak... i loike him... bile dia cakap kat Gloria "the name is so nice, coz u said it twice..MotTo MotTo.. ape daa.. konfius pulak cm ne nak eja..
About satu lagi notepad tu.. dia berceritakan ttg hasil dari intipati ilmu yang saya dapat dari sebuah montaj bertajuk Ratuku... berlatar belakang
Ainul Mardhiah... banyak gambaran tentang bunga yang kembang mekar... bunga yang layu... bunga yang indah rupanya... Sangat sesuai di similekan dengan seorang perempuan.. Boleh je bubuh bunga mawar kat dalam blog ni. tapi rasanya bunga tulip lagi sesuai untuk melambangkan bunga yang penuh dgn kesucian kot..~ Sama-sama kita renungkan sebuah puisi hasil nukilan seorang mahasiswi dr UPM 2005 terdahulu...
Ratuku..
Inginku luahkan ape yg selama ini ingin ku luahkan
Ttg kbimbangan ku ini
Melihat bunga2 berguguran
Dipetik oleh tgn2 ganas lg bernafsu serakah
Ratuku..
Kebimbanganku ini kian menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang2 perosak
Yg cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu
Ratuku..
Aku masih terpinga-pinga
Semakin banyak bunga yang layu lalu gugur
Bagaikan tibanya musih luruh
Ratuku..
Bukanla ku harap kau segigih Siti Hajar
Yang berlari-lari antara Safa dan Marwa
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah
Menanti kekasihnya di pintu syurga
Engkau bukan Siti Khadijah, Siti Fatimah, Aisyah mahupun Rabiatul Adawiyah
Aku menyedari hakikat kerana aku tidak layak untuk wanita seperti itu
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi kuntuman bunga2 tersebut
Janganlah kau risau wahai Ratuku
Musim Luruh pasti berganti
Musim Luruh pasti akan tiba
Dan kau akan mampu mekar lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
kau JAGA la kelopak mu
Jangan sampai tangan2 kasar memetikmu lagi
Jangan GODA kumbang2 ganas utk menghisap madumu
Aku yakin wahai ratuku
Masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum lega
Melihat kau menjadi ratuku..
Masih ada lagi sinar harapan.
Masih ada lagi yang sudi membimbing
Sekuntum bunga yang kian layu...
X bermakna akan selama-lamanya layu
Ia perlukan baja dan jagaan yang rapi agar dapat mekar kembali
Begitu la serba sedikit ringkasan tentang Montaj Ratuku... Saya sangat mengagumi beliau sebagai seorang lelaki.. Dia memilih wanita itu bukan kerana wanita tersebut masih suci, menjaga kewanitan dan perawan... tetapi dia yakin wanita tersebut mampu berubah ke arah yang lebih baik... meskipun kisah silamnya telah memudarkan seri kuntuman tersebut...
Sebaik2 lelaki adalah lelaki yang boleh membimbing... bukan dengan cara yang kasar.. bukan juga terlalu berlembut.. Jika warna putih sangat mudah utk menjadi hitam...bisakah warna hitam untuk mejadi putih?
(sekadar renungan)
Jeng.. Jeng.. Jeng... nak selit jugak satu ayat ni...
Anda tidak perlu menerangkan siapa diri kamu... Cukuplah sekdar mengenali siapa kawan kamu.. nescaya kamu akan kenal siapa sebenarnya dirimu..
oleh itu, hati2 memilih kawan eh... ~ tata